Friday, March 18, 2011

OMBAK RINDU


Lama tak menconteng kat rumah ni huhu...hari ni rasa nak kongsi cite ler pulak. Sebelum ni mungkin korang perasan aku ni duk minat sesangatnya dengan si Riz AF6 tu..dan peminat tegar Nur Kasih gak kan.. tapi ada lagi yang korang tak tahu....ahak...

Cuba tengok gambar kat bawah nie...sape tu?hehe...


Aaron Aziz? Ya, aku memang antara peminat dia sejak aku duk tengok drama bersiri Janji Diana.. masa tu Aaron baru lagi berlakon drama kat Malaysia ni...

First time tengok Aaron nie...aku akui dia memang handsome giler..tapi bila tengok lakonannya, yupp Aaron memang berbakat besar...berilah watak apa sekali pun dia mampu lakukannya...sejak dari hari tu aku dah jadi antara peminat dia... semua drama dan filem lakonan Aaron aku dah tengok... dan yang terbaru yang aku tunggu sangat...filem kat bawah ni...


Ombak Rindu adalah novel pertama yang aku beli dan baca sejak mula mencintai dunia novel... tapi aku bukanlah peminat fanatik novel. Aku memilih hanya novel tertentu sahaja dan yang mampu menarik hati aku.

Aku sangat sukakan jalan cerita novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari ini tapi tak sangka ada yg berminat membawanya ke layar perak...

Tapi apa yang  lagi best adalah Aaron Aziz akan memegang watak utama dalam filem tersebut yg turut menggunakan tajuk yang sama, Ombak Rindu. wah....i like!!

Ombak Rindu mengisahkan tentang tiga watak utamanya iaitu Hariz, Izzah dan Mila Amylia...

Hariz (seperti yg digambarkan dalam novel tersebut) adalah seorang lelaki tampan berbadan sasa tetapi panas baran. Wah...dah kena sangat dengan Aaron kan...hehe..part tampan dan sasa tulah..Watak Hariz dalam novel ni suka menengking dan memukul isterinya...aku dah bayangkan time Aaron jadi gangster dalam filem Evolusi KL Drift..hahaha...

Watak Izzah pula digambarkan seorang wanita yg lemah lembut, cantik, penyabar dan juga seorang isteri yg sangat taat.... Pada aku, penerbit filem ini telah membuat pilihan tepat apabila memilih Maya Karin sebagai Izzah.. sesuai gitu....

Dan watak Mila Amylia(Lisa Surihani) adalah seorang model dan pelakon terkenal dan merupakan isteri kedua Hariz...

Sedikit info tentang filem Ombak Rindu...

Lokasi: Cameron Highland, Langkawi, Perlis, Penang, dan Kuala Lumpur.
Tarikh pengambaran: 9 Julai 2010 - 15 August 2010
Terbitan: Tarantella Pictures
Penerbit : Sharad Sharan/Renu Sharan
Pengarah: Osman Ali
Penulis Skrip: Armantono
Lakonlayar: Osman Ali
Pengarah Fotografi: Khalid Zakaria
Pengarah Seni: Khairu Akek
Pengurus Produksi: Yusneezam Yusop
Penolong Pengarah: Rizzo
Penata Busana: Andy Sulaiman
Penata Rias: Nan
Pengarah Muzik: Nurzaidi Abd Rahman


Ni ada beberapa foto dari filem ini....


Foto from Osman Ali's Facebook

Inilah novel Ombak Rindu yg laris...memang best...bila dapat tahu novel ini difilemkan, aku baca lagi dengan lebih feel hahaha...



Sinopsis

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Kalau nak tahu cerita seterusnya, kenalah dapatkan novel keluaran Alaf 21 ini dengan harga RM19.90 sahaja. Korang pasti akan bersetuju dengan aku juga.... berbaloi untuk mendapatkannya.

Harap-harap filem Ombak Rindu akan berjaya dan aku awal-awal nak tempah tiket nak gi tonton, leh gitu hahaha...

OST filem ini akan dilantunkan oleh Hafiz AF7 dan Adira AF8..

Aku nak tengok filem ini bukan kerana Aaron Aziz semata-mata tapi kerana novel itu sendiri...huhu.. so, tunggulah tayangannya tahun ini!






Saturday, November 27, 2010

TOUR @ KUALA LUMPUR


Pada 22-24hb November 2010 yang lalu, aku telah mengikuti tour ke Kuala Lumpur anjuran sekolah. Memandangkan inilah peluang terakhir untuk makan angin bersama rakan sekerja dan pelajar, so aku join ler.... best giler walaupun memenatkan... Jom ikuti cerita aku sepanjang tour ini...walaupun banyak gambar yg blur sikit..takpe janji ada gambar hehe...


Kami bertolak tepat jam 12.30 malam(22/11) dari Dungun dengan menaiki bas Ping Anchorage... Sampai di Hentian Genting Sempah lebih kurang pukul 6 pagi..kami membersihkan diri, bersolat dan breakfast di situ..

Destinasi awal pagi kami adalah ke Zoo Negara. Sebelum masuk kami posing dulu ramai-ramai depan bas huhu.. Semuanya best.. ...guru2 pengiring lelaki yg memang happening... kelakar...salute dengan komitmen yg diberikan sepanjang tour nie dan drebar bas pun pak lawak haha... Pak Bakar... tengok muka dia pun dah nak tergelak hahaha... tapi sayang takde pulak ambik gambar dia hehe...


Pose kat tepi tasik di Zoo Negara...bertemankan burung flamingo hehe...



Ni guna kamera kawan...clear sangat..abis nampak semua jerawat-jerawat ... pose lak ala ala koboi perempuan konon haha...kelakar time nie..topi pink jugak yg aku nampak dulu..padahal berlambak yg lain kat situ haha...



Aku bersama teman yg payah benar nak senyum kalau diajak bergambar... aku lak yg menyengih bagai nak rak dia pulak buleh rilek jek ..adeii



Dengan pelajar-pelajar lain...budak pun dah nak sama tinggi dengan cikgu..camne tu.. cikgu jer tak tinggi tinggi hehehe...



Jam 12.45 tengahari(selepas selesai lunch), sebelum masuk ke Suria KLCC(kali kedua aku ke sini), kami posing dulu kat bawah tue... aku rasa dah macam macam gaya posing yg keluar ...cam model lak hahaha...



Ahak...jumpa kawan baru kat Petrosains... Mr Dino aka dinosour haha... muka penat pun tetap nak posing...huhu



Lepas dah abis pusing dalam Petrosains tu, kami ke Aquaria pulak. Tapi tak posing pun masa kat sini..cuma duk tengok jek dan snap beberapa gambar... bukan apa, sebab dah penat sangat dah...adeii

Kira-kira jam 5.30 petang, kami berangkat ke tempat penginapan di Pusat Kecemerlangan Sukan di Jalan Cochrane untuk berehat.  Kaki aku sakit giler sebab dari pagi duk berjalan non stop.. yg lain pun sama gak huhu.. Malam tu memang semuanya tidur lena sebab kepenatan...hehehe

   
 

Pose manja lah pulak kawan i tu hehe...

Hari kedua (24/11), destinasi awal pagi kami adalah ke KL Tower.. posing posing dan posing lagi..kaki still rasa sakit tapi setelah berurut sikit semalam, masih mampu untuk menapak lagi huhu...walaupun..

Tak beli apa-apa pun kat sini.. 1st time aku datang KL Tower nie.. kena naik lift lak...tapi memang best dapat tengok view bandaraya KL kat sini... KL Menjerit!! hehehe...



Pose manja gak tu hehe...

Ni kat Muzium Negara..destinasi akhir kami di Kuala Lumpur... banyak gak bergambar kat sini tapi banyak yg blur sebab guna kamera handphone jek.. time ni gak handphone aku naik giler adeii..sabar ajelah..

Sebelum pulang kami ke Nilai untuk membeli-belah(kononnya...) tapi aku tak membeli sangat pun.. cuma beli beg tangan untuk mak dan kain pasang untuk diri sendiri. Tak sempat round semua kedai-kedai kat situ sebab kesuntukan masa dan sakit kaki... tak larat sangat dah... untuk ayah pun tak sempat nak cari ape-ape...

Kami bertolak pulang dari Nilai lebih kurang jam 5 petang. Duk tidur jelah sepanjang perjalanan balik tu. Sampai di Dungun hampir jam 12 tengah malam.


Komentar: Tour yg best sangat-sangat dan akan menjadi kenangan terindah aku di sekolah ini. Tahun depan kata mereka mungkin akan ke Langkawi pulak... dan aku juga di alu-alukan untuk join walaupun dah bertukar ke sekolah lain...Insyaallah...




Friday, November 12, 2010

SUKANEKA 2010



Pada 4 November yg lalu, anak-anak muridku terlibat dalam Sukaneka sempena Sukan Tahunan sekolah. Adalah beberapa acara yg diaturkan sesuai untuk mereka. Kelakar tengok gelagat mereka yg bersemangat.. ditambah lagi dengan sokongan 'abang-abang dan kakak-kakak' mereka yg lain.. walalupun...hahaha

Tengok tu.. bukan main bersemangat lagi walaupun berapa keratlah bilangan mereka haha... kalau bab bermain ermm memang ler...hehe

Ni sebelum permainan bermula... dahlah budak cuma 10 orang.. tak datang pulak 2 orang.. tinggal ler 8 orang.... kelakar lak hehehe... tapi diorang happy jek...

Lepas habis bermain... sesi bergambar ler pulak.. cikgu diorang rumah kuning... sebab tu berbaju kuning... ahak KUNING... memang sangat berjodoh aku dengan warna kuning ... apa yek?? hanya 'mereka dan keluarga mereka' yg faham hahaha..


Ni pembantu aku di kelas pra... mesti kena posing gak hehe...cuba tengok muka diorang.. macam-macam ekspresi kan hahaha... muka penat tue....

Itulah aktiviti luar terakhir mereka... minggu depan ada majlis penyampaian sijil dan hadiah lak untuk diorang... diorang juga bakal membuat persembahan... ahak... persembahan biasa-biasa saja sebab mereka ni pemalu ler sangat....



Komentar:
Ada yg sangat malas bila time bergambar tapi setiap kali aku letakkan gambar-gambar diorang kat komputer... ermm teruja yg amat lak nak tengok.. macam-macam hehe....

Saturday, October 30, 2010

KURSUS @ KUANTAN



Pada 26-28 Oktober lalu, aku mengikuti Kursus Bahasa Inggeris(Prasekolah) di Hotel Shahzan Inn, Kuantan. Dah nak abih sekolah masih kena attend kursus... tapi best sebab dapat jumpa geng..huhu

Ni geng masa kat maktab...dua-dua dah jadi ibu... yg tudung oren tu belum sampai seru lagi hehehe....
Kami saja pilih meja belakang sikit...ada sembilan orang dalam kumpulan kami... dalam duk dengar ceramah tu, sempat lagi posing hahaha...

We look orange...hehehe.. Kamera handphone dah mula buat hal... nak suruh beli yg baru ler tu... Takpe lah, asal nampak muka...


Masa kursus ni, aku secara tidak rasmi diminta menjadi wakil kumpulan untuk buat presentation pada hari last...huhu. Adeeeiii..korang ni,, akak ni speaking english tonggang terbalik lagi...hehehe.. Apa lagi..aku main redah jelah... hahaha.. Alhamdulillah, selesai dengan jayanya. Tapi sayang sangat takde yg snap kan gambar time tue... alasan diorang,, terpegun katanya tengok aku present... sampai lupa nak ambik gambar...adoii ade ker... macam-macam ar korang nie...hehehe

Harap-harap tahun depan kita jumpa lagi di kursus lain yer.... time time kursus macam nilah berpeluang nak jumpa... bebas sikit...hehehe

Komentar : Sempat lagi window shopping kat Kuantan Parade dan Eastcoast Mall hehe...

Friday, October 22, 2010

AKU & ARTIS ...



Dah lama tak bercerita pasal artis kegemaranku yang sorang ni...siapa lagi kalau bukan Riz Af. Bukan apa, dah lama jugak rasanya tak berkongsi info terbaru tentang dia kan.. huhu...

Sebelum tu nak gak share cerita saat-saat dapat bersua muka dengan Riz ni.. Haa.. first time dapat join event Riz Angels(fanclub Riz) sepanjang 3 hari pada 25hb Jun hingga 27hb Jun 2010 yang lalu di Mercu Beach Resort, Cherating. Bukan tak nak join event2 Riz Angels sebelum ni, cuma tak berkesempatan. Kebetulan event kali ni dekat sangat dengan Chukai dan aku ada kesempatan untuk turut serta...so, apa lagi.. Alhamdulillah akhirnya hehe...

Pada tanggal 27hb June 2010.. pada jam...ermm lupa lah pulak hehe.., akhirnya misi untuk menyampaikan sendiri potret lakaran aku pada Riz berhasil... Alhamdulillah. Dan apa yang lagi best, Riz kelihatan agak terkezut dengan 'cenderahati' yg tak seberapa ni... agaknya akulah peminat pertama yg bagi potret kut...hehe. Riz nampak suka sangat ..cuba tengok senyuman dia tu.. walaupun dia memang suka menyengih camtu hehe.. kalau Riz suka, akak lagi ler suka..hehe.
Time ni, siap pesan kat Riz...jangan simpan potret tue .. dan dengar cerita dari PA Riz, Ejam.. Riz gantung potret tu kat ruang tamu rumahnya... huhu ..thanks Riz...akak betul-betul rasa terharu.. huhu

Ni malam last di resort... malam karaoke.. kelakar giler time tu...adeii senak perut duk gelak.. Macam-macam ada... banyak dapat hadiah ... Yeahh group akak menang(ada si Ejam kan, confirm ler juara...hehe).... jangan mare ye Riz huhu...

Daripada pertemuan pertama ni, ternyata RIZ seorang yg sangat peramah, tak sombong, pandai layan peminat, berbudi bahasa dan manja hehe...

Walaupun sikap nakal dan gila-gila tu ade...hehe... sepanjang 3 hari tu aku boleh nampak jugak lah sikap sebenar si Riz ni... tapi biarlah aku saja yg tahu haha...

Terima kasih Riz dan Angels semua di atas layanan baik anda. Insyallah ada rezeki nanti kita jumpa lagi!



Penampilan terkini Riz untuk tahun 2010.. Jujurnya, aku lebih sukakan gaya Riz yg sebegini.. lebih kemas, smart dan stylo... Harapnya, Riz kekalkan imej begini dan perubahan imej ini akan memberikan lebih sinar pada kerjaya seni Riz..Insyaallah...


Komentar: Sabar menunggu single terbaru Riz yg akan dirakamkan di Indonesia Disember nanti... Insyaallah, semuanya akan berjalan lancar untuk 2011.. Amin....



Wednesday, October 20, 2010

I'M BACK...



Salam semua... thanks pada yg sudi singgah di blog ni. Huii...dah lama sangat tak update blog ni.. hehehe. Bukan apa, malas hehe..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Oktober... begitu pantas masa berlalu.. Minggu persekolahan pun tinggal hanya beberapa minggu saja lagi. Tapi kerja still tak settle lagi. Bila rasa dah hampir settle, ade lagi tugasan yg menunggu huhu..Banyak bersabar je ler jawabnya... Yes Boss!! hehe...

Bulan ni jugak aku mendapat anak buah yg ke sembilan huhu...Tahniah buat adik perempuanku..dapat lagi sorang cahaya mata perempuan..Alhamdulillah. Nampaknya tahun depan bertambah ler jugak duit raya yg nak diberi ahak...

Akhir-akhir tahun ni gak banyak nak kena attend kursus.. adeii.. Maybe next week ade lagi kursus yg aku kena gi..terpaksa ler menghadirkan diri demi tugas...Sedia berkhidmat...


Komentar: Anak buah makin bertambah... anak sendiri?? Belum sampai jodoh lagi huhu...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails